Dalam kitab Syeikh Muhammad Nawawiyy al Bantaniyy 'Sharhu Uquudil Lujjaiin fi Biyaani Huququ Zaujaiin'.
Pasa suatu hari masuklah Rasulullah SAW bertemu puterinya Fathimah Az Zahraa' R.anha.Didapati anaknya itu sedang mengisar tepung dengan menggunakan sebuah kisaran tangan,sambil mengisar sambil menangis.Maka sabda Rasulullah SAW kepada puterinya itu."Apa yang menyebabkan kamu menangis wahai Fathimah?Semoga Allah tidak menyebabkan matamu menangis?''. Ujar Fathimah,"Wahai ayahku,batu kisaran ini dan urusan-urusan rumahtanggalah membuatkan aku menangis''.Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisinya.Fathimah menyambung kata-katanya,"Ayah,mintalah Aliyy RA membelikanku seorang hamba untuk menolongku mengisar tepung dan membuat kerja-kerja rumah".Mendengar kata-kata puterinya itu maka bangunlah Rasulullah SAW mendapatkan batu pengisar itu.Rasulullah SAW mengambil tepung dengan tangannya yang diberkati lagi mulia lalu diletakkan tepung itu dalam pengisar itu seraya mengucapkan,"Bismillaahirrahmaanirrahiim".Maka berpusinglah pengisar itu dengan sendirinya,dengan izin Allah SWT.
Rasulullah SAW meletakkan tepung itu untuk puterinya dengan tangannya yang diberkati Allah SWT.Pengisar itu berpusing dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Alalh SWT dalam pelbagai bahasa sehingga selesai tepung itu dikisar.Maka bersabda Nabi SAW kepada pengisar itu,"Berhentilah kamu dengan izin Allah Taala".Pengisar itu pun berhenti lalu berkata-kata dengan izin Allah SWT(yang berkuasa menjadikan setiap sesuatu bertuturkata)Pengisar itu berkata-kata dalam bahasa Arab dengan fasih,"Ya Rasulullah SAW,demi Tuhan yang membangkitkanmu dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul,seandainya Tuan menyuruh aku mengisar tepung Masyriq dan Maghrib pun nescaya aku akan kisarkan kesemuanya.Sesungguhnya aku telah mendengar di dalam Kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi;-
"(maksudnya)Wahai orang-orang yang beriman,peliharalah dirimu dan keluargamu dari apai neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya para Malaikat yang kasar,yang keras yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang diperintahkan".Maka aku takut ya Rasulullah SAW kelak aku yang menjadi batu yang masuk neraka".
Nabi SAW bersabda,"Bergembiralah kamu kerana bahawasanya kamu adalah batu daripada mahligai Fathimah az Zahraa' di dalam Syurga!" Maka bergembiralah batu pengisar itu apabila mendengar berita gembira itu ia lalu diam.Bersabda Nabi SAW kepada puterinya,"Sekiranya Allah SWT kehendaki yaa Fathimah,nescaya pengisar itu boleh mengisar sendiri untuk kemudahanmu tetapi Allah SWT mahu tuliskan untukmu kebaikan dan menghapuskan kejahatan dan mengangkat darjatmu.
No comments:
Post a Comment